Posts

If You Have Time

If you have time to chatter, read books. If you have time to read, walk into a mountain, desert and acean. If you have time to walk, sing songs and dance. If you have time to dance, sit quietly, you Happy Lucky Idiot. -Nanao Sakaki

A Poison Tree

I was angry with my friend: I told my wrath, my wrath did end. I was angry with my foe: I told it not, my wrath did grow. And I watered it in fears, Night and morning with my tears; And I sunned it with smiles, And soft deceitful wiles. And it grew both day and night, Till it bore an apple bright; And my foe beheld it shine, And he knew that it was mine, And into my garden stole When the night had veiled the pole: In the morning glad see  My foe outstretched beneath the tree. -William Blake 

Diam

Orang kata, kalau diam itu tandanya setuju. Tandanya mahu.  Tapi bagi aku, diam itu tanda kau mahu protes tapi kau tak terdaya. Salah satu alasan, mungkin lawan engkau itu orang yang tercinta,  Orang yang dicinta. Mungkin kau betah menidak kata mama mu, wanita pertamamu, Namun tidak bagi aku.  Sebab? Dia itu orang tercintaku. Jadi,  Jika aku diam,  Mungkin kau yang tercinta. Cinta yang amat dalam. Jadi aku turutkan saja.

Lalu

Dikejar bayang semalam. Apa maksudnya? Maksudnya aku takut. Takut akan hari esok.  Ataupun hari ini. Takut jatuh lagi. Tak, aku patut perbetulkan kenyataan itu. Aku takut, sememangnya. Bukan untuk jatuh lagi. Tapi takut jika aku jatuh, tiada yang sanggup berpatah balik untuk berdamping lagi.  Takut jika aku jatuh untuk kau, mungkin kau akan hanya berpaling dan berjalan pergi. Dan sememangnya, berpalingnya kau dari aku, perginya kau dari aku, bagi aku itu satu petanda, yang aku ini makin kalah, kalah dengan arus hitam dunia. Dan pada waktu itu,  mungkin aku hanya mampu tunduk,  diam dan duduk, terpaku- lihat kau makin jauh.

*

Sungguh aku ingin coretkan tulisan hati disini. Sepi aku tak bermaksud hilangnya aku pergi tanpa khabar. Aku masih betah paparkan nukilan hati aku buat kalian. Aku masih seperti selalu. Hati makin pulih, kenangan makin terpadam terus dari ingatan tapi memori tetap menjadi santapan minda dikala sepi. Ujian. Mungkin Tuhan itu hanya ingin menguji, Kekuatan hati hamba-Nya yang makin lara. Aku sebagai hamba, apa yang aku mampu? Hanya mampu menerima. Dalam hidup ini, kita tidak akan pernah terlepas daripada diuji. Dalam hidup ini, yang pentingnya bukan sebesar mana ujian yang kita hadapi  tapi bagaimana cara kita menangani ujian itu. Aku masih mencari secebis kekuatan yang tersisa yang entah ada dimana.  Kekuatanku   janganlah engkau menoleh dan berpaling pergi,  sesungguhnya aku tidak betah untuk  mengejarmu lagi.

TwT

Menegur kesilapan orang itu amat baik. Namun, mesti kena caranya. Jika tersilap gaya, orang yang ditegur itu bukan sahaja akan menolak saranan kita, malah kita mungkin kehilangan seorang saudara. Manusia sering kali melakukan kesilapan tanpa sedar akan kesalahan yang telah dilakukan. Tugas orang disekeliling untuk mengingatkan sesama saudara penting bagi menyedarkan mereka yang bersalah. Manusia jika tidak diingatkan mereka akan mudah lupa dan alpa disebabkan terlalu menuruti haluan kesalahan tanpa menghiraukan perkara tersebut boleh memudaratkan atau mengundang bencana yang tidak disangka bakal menimpa dirinya suatu ketika nanti. Kita belajar bermulanya dengan kesilapan. Kita memperbaiki setelah melakukan kesilapan. Hadirnya rasa bersalah setelah kita sedar akan kesilapan yang dilakukan. Segalanya boleh diperbaiki dengan izin yang maha esa. Diperbaiki dan diperbetulkan dengan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Bolehkah aku berbuat demikian? Keadaan disekeliling mempengar