TwT
Menegur
kesilapan orang itu amat baik. Namun, mesti kena caranya. Jika tersilap gaya,
orang yang ditegur itu bukan sahaja akan menolak saranan kita, malah kita mungkin
kehilangan seorang saudara.
Manusia
sering kali melakukan kesilapan tanpa sedar akan kesalahan yang telah dilakukan.
Tugas orang disekeliling untuk mengingatkan sesama saudara penting bagi
menyedarkan mereka yang bersalah. Manusia jika tidak diingatkan mereka akan mudah
lupa dan alpa disebabkan terlalu menuruti haluan kesalahan tanpa menghiraukan
perkara tersebut boleh memudaratkan atau mengundang bencana yang tidak disangka
bakal menimpa dirinya suatu ketika nanti.
Kita belajar
bermulanya dengan kesilapan. Kita memperbaiki setelah melakukan kesilapan.
Hadirnya rasa bersalah setelah kita sedar akan kesilapan yang dilakukan.
Segalanya boleh diperbaiki dengan izin yang maha esa. Diperbaiki dan diperbetulkan
dengan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Bolehkah aku berbuat demikian?
Keadaan
disekeliling mempengaruhi segala tindakan yang bakal kita wujudkan. Segala yang
diingatan menghantui diri yang bakal meneroka ruang fikiran manusia untuk
memikirkannya.
Monolog.
Pengalaman
banyak mengajar aku erti kehidupan. Walaupun aku masih terlalu mentah untuk
mengenal dunia,tetapi aku tetap menghuni bumi seperti kalian. Aku masih berbumbungkan
langit dan berlantaikan tanah. Sama seperti kalian.
Aku ingin berterima kasih kepada
kalian yang banyak mempengaruhi hidup aku sehingga detik ini. Terima kasih
kerana menegur aku tika tersasar dari haluan kebenaran. Aku banyak berbuat
dosa.
Aku ingin meminta maaf jika diri ini
ada berbuat dosa terhadap kalian. Maafkanlah segala dosa aku yang telah aku lakukan
dan segala dosa yang bakal aku wujudkan. Sesungguhnya aku tidak bermaksud untuk
berbuat sedemikian. Aku hanya terlalu menurutkan perasaan tika melakukan sesuatu
perkara tanpa memikirkan bencana yang bakal aku cipta. Maafkanlah aku.
Sesungguhnya aku akan cuba
memperbaiki kelemahan yang ada pada diri ini. Tidak perlu kalian menunding jari
mahupun memaki aku. Sekurang kurangnya aku akan mencuba dan terus mencuba untuk
memperbaiki kelemahan yang dianugerahkan buat diriku.
Realiti sebenar, aku masih ditakuk
lama. Tiada kemajuan.