Posts

Showing posts from November, 2013

TwT

Menegur kesilapan orang itu amat baik. Namun, mesti kena caranya. Jika tersilap gaya, orang yang ditegur itu bukan sahaja akan menolak saranan kita, malah kita mungkin kehilangan seorang saudara. Manusia sering kali melakukan kesilapan tanpa sedar akan kesalahan yang telah dilakukan. Tugas orang disekeliling untuk mengingatkan sesama saudara penting bagi menyedarkan mereka yang bersalah. Manusia jika tidak diingatkan mereka akan mudah lupa dan alpa disebabkan terlalu menuruti haluan kesalahan tanpa menghiraukan perkara tersebut boleh memudaratkan atau mengundang bencana yang tidak disangka bakal menimpa dirinya suatu ketika nanti. Kita belajar bermulanya dengan kesilapan. Kita memperbaiki setelah melakukan kesilapan. Hadirnya rasa bersalah setelah kita sedar akan kesilapan yang dilakukan. Segalanya boleh diperbaiki dengan izin yang maha esa. Diperbaiki dan diperbetulkan dengan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Bolehkah aku berbuat demikian? Keadaan disekeliling mempengar...